Friday, 7 February 2014

Selamat datang pelajar tingkatan 4, 2014!!

Pada hari rabu bersamaan 5 Februari 2014, Sekolah Menengah Sains Alam Shah telah menerima ahli keluarga baharu iaitu pelajar-pelajar tingkatan 4. Pendaftaran pelajar-pelajar ini telah diuruskan oleh guru-guru ASIS dibantu oleh pelajar tingkatan 5. Pendaftaran bermula seawal pukul 8.30. Kelihatan wajah-wajah gembira pelajar-pelajar tingkatan 4 bersama ahli keluarga mereka. Bagi pihak panitia Pendidikan Islam ASIS ingin mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar tingkatan 4..Semoga kehadiran kalian ke sini dapat meningkatkan kecemerlangan masing-masing serta mangharumkan nama sekolah ASIS...
Pelajar tingkatan 5 yang bertugas menjaga kaunter pendaftaran

Salah seorang bapa pelajar mendaftarkan anak mereka di bahagian penempatan asrama

Ibu bapa dan pelajar mula berkumpul di dewan selepas pendaftarn untuk mendengar taklimat pengetua dan PK HEM

No comments:

Post a Comment