Hari ini merupakan hari yang bersejarah untuk panitia Pendidikan Islam ASIS apabila telah dijemput untuk menghadiri program perasmian serta pelancaran buku sains solat dan perasmian klinik terapi sains solat di Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, fakulti kejuruteraan Universiti Malaya. Panitia Pendidikan Islam telah menghantar dua wakilnya iaitu Encik Kamarulshahrizat dan Encik Kaziman untuk mengiringi pengetua ASIS iaitu Encik Baharudin Burhan ke majlis tersebut. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan 2, Datuk Seri Idris Jusoh.
 |
| Encik kamarulshahrizat mewakili panitia |
 |
| Turut menghadiri, Ustaz Kaziman Ab Wahab |
Majlis ini telah bermula pada pukul 9.00 pagi di dewan kuliah Kolej Kejuruteraan, Universiti Malaya. Di dalam majlis tersebut, para jemputan telah diberi taklimat tentang buku sains solat oleh ketua penyelidiknya Dr Ir Fatimah. Buku sains solat ini merungkai kajian terhadap solat dan kaitannya terhadap kesihatan badan. Dapatan yang diperolehi dari kajian ini cukup menarik perhatian semua hadirin. Kemuncak majlis ialah ucapan dan perasmian oleh Menteri Pendidikan 2, Datuk Seri Idris Jusoh. Datuk Seri Idris Jusoh berharap agar, Universiti Malaya dapat terus menghasilkan kajian-kajian yang bermutu tinggi.
 |
| Para hadirin terdiri dari pihak media, pensyarah UM dan pelajar |
 |
| Datuk Seri Idris Jusoh memberi ucapan perasmian beliau. |
 |
| Pengetua ASIS, Encik Baharudin Burhan menerima cenderamata dari pihak Fakulti Kejuruteraan Biomedik. |
 |
| Para tetamu mendengar taklimat dari ketua penyelidik Dr Ir Fatimah |
Setelah perasmian di lakukan, Datuk Seri Idris Jusuh dan para tetamu telah dijemput ke klinik terapi sains solat yang baru dibina hasil idea para penyelidik. Pihak Universiti Malaya telah menyediakan jamuan untuk para hadirin yang hadir.
Boleh dikatakan majlis tersebut telah memberikan input yang berguna untuk para hadirin amnya dan panitia Pendidikan Islam ASIS khususnya untuk memartabatkan Islam di mata dunia dalam bidang ilmu dan kajian. Kepada pihak Fakulti Kejuruteraan Bioperubatan, tahniah kami ucapkan dan sekira nya ada lagi program ilmiah insyaallah, kami sudi menghadirinya....
No comments:
Post a Comment