Friday, 7 February 2014

Selamat datang pelajar tingkatan 4, 2014!!

Pada hari rabu bersamaan 5 Februari 2014, Sekolah Menengah Sains Alam Shah telah menerima ahli keluarga baharu iaitu pelajar-pelajar tingkatan 4. Pendaftaran pelajar-pelajar ini telah diuruskan oleh guru-guru ASIS dibantu oleh pelajar tingkatan 5. Pendaftaran bermula seawal pukul 8.30. Kelihatan wajah-wajah gembira pelajar-pelajar tingkatan 4 bersama ahli keluarga mereka. Bagi pihak panitia Pendidikan Islam ASIS ingin mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar tingkatan 4..Semoga kehadiran kalian ke sini dapat meningkatkan kecemerlangan masing-masing serta mangharumkan nama sekolah ASIS...
Pelajar tingkatan 5 yang bertugas menjaga kaunter pendaftaran

Salah seorang bapa pelajar mendaftarkan anak mereka di bahagian penempatan asrama

Ibu bapa dan pelajar mula berkumpul di dewan selepas pendaftarn untuk mendengar taklimat pengetua dan PK HEM

Monday, 27 January 2014

Pelancaran Buku Sains Solat dan Perasmian Klinik Terapi Sains Solat di Universiti Malaya

Hari ini merupakan hari yang bersejarah untuk panitia Pendidikan Islam ASIS apabila telah dijemput untuk menghadiri program perasmian serta pelancaran buku sains solat dan perasmian klinik terapi sains solat di Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, fakulti kejuruteraan Universiti Malaya. Panitia Pendidikan Islam telah menghantar dua wakilnya iaitu Encik Kamarulshahrizat dan Encik Kaziman untuk mengiringi pengetua ASIS iaitu Encik Baharudin Burhan ke majlis tersebut. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan 2, Datuk Seri Idris Jusoh.





Encik kamarulshahrizat mewakili panitia

Turut menghadiri, Ustaz Kaziman Ab Wahab

Majlis ini telah bermula pada pukul 9.00 pagi di dewan kuliah Kolej Kejuruteraan, Universiti Malaya. Di dalam majlis tersebut, para jemputan telah diberi taklimat tentang buku sains solat oleh ketua penyelidiknya Dr Ir Fatimah. Buku sains solat ini merungkai kajian terhadap solat dan kaitannya terhadap kesihatan badan. Dapatan yang diperolehi dari kajian ini cukup menarik perhatian semua hadirin. Kemuncak majlis ialah ucapan dan perasmian oleh Menteri Pendidikan 2, Datuk Seri Idris Jusoh. Datuk Seri Idris Jusoh berharap agar, Universiti Malaya dapat terus menghasilkan kajian-kajian yang bermutu tinggi.


Para hadirin terdiri dari pihak media, pensyarah UM dan pelajar

Datuk Seri Idris Jusoh memberi ucapan perasmian beliau.

Pengetua ASIS, Encik Baharudin Burhan menerima cenderamata dari pihak Fakulti Kejuruteraan Biomedik.

Para tetamu mendengar taklimat dari ketua penyelidik Dr Ir Fatimah


Setelah perasmian di lakukan, Datuk Seri Idris Jusuh dan para tetamu telah dijemput ke klinik terapi sains solat yang baru dibina hasil idea para penyelidik. Pihak Universiti Malaya telah menyediakan jamuan untuk para hadirin yang hadir.

Boleh dikatakan majlis tersebut telah memberikan input yang berguna untuk para hadirin amnya dan panitia Pendidikan Islam ASIS khususnya  untuk memartabatkan Islam di mata dunia dalam bidang ilmu dan kajian. Kepada pihak Fakulti Kejuruteraan Bioperubatan, tahniah kami ucapkan dan sekira nya ada lagi program ilmiah insyaallah, kami sudi menghadirinya....

Saturday, 25 January 2014

Majlis interaksi pelajar tingkatan 5 2014.

Pada hari ini pihak Sekolah Menengah Sains Alam Shah telah mengadakan majlis perjumpaan ibu bapa pelajar dan guru-guru setiap mata pelajaran. Pihak Panitia Pendidikan Islam amat berbesar hati menerima kunjungan ibu bapa pelajar untuk membincangkan cara untuk mempertingkatkan lagi prestasi pelajar-pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.

Ketua Panitia Pendidikan Islam sedang berbincang dengan emak kapada seorang pelajar ASIS.
Perjumpaan tersebut bermula seawal 8.30 pagi di bilik Akademik. Perjumpaan tersebut telah dihadiri oleh semua guru mata pelajaran Pendidikan Islam. Alhamdulillah, sambutan yang di terima amat menggalakan. Ibu bapa pelajar-pelajar ASIS ini mengambil peluang untuk bertanya tentang pencapaian anak mereka dalam peperiksaan akhir tahun yang lalu. (Tingkatan 4, 2013).

Pelajar ASIS yang turut bersama-sama ibu bapa merika juga telah di berikan nasihat-nasihat oleh ustaz-ustaz dan ustazah tentang cara untuk memperbaiki pencapaian mereka.

Ustaz Azeri memberikan nasihat-nasihat kepada pelajar ASIS
Sambil menunggu giliran, pelajar ASIS ini menggunakan masa terluang dengan membaca surat khabar.
Suasana di bilik akademik.
Semoga perjumpaan ini dapat mengeratkan silaturahim antara ibu bapa pelajar dan guru-guru Pendidikan Islam khususnya.




Sunday, 19 January 2014

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2014 peringkat ASIS



Pada 14 hb Januari 2014 yang lalu pihak panitia dengan kerjasama bersama AIC dan juga pihak sekolah telah berjaya mengadakan program sambutan Maulidur Rasul. Sambutan telah berjalan dengan lancar dan meriahnya ini telah disertai oleh semua pelajar tingkatan 5 ASIS, guru-guru ASIS dan staff sokongan sekolah.

Para guru-guru ASIS bersarapan pagi dahulu di Dewan Makan ASIS
Sambutan bermula dengan semua pelajar berkumpul dihadapan surau untuk sesi pemeriksaan pakaian dan sepanduk oleh pak cik Jamal "guard". Setelah pemeriksaan, guru-guru bersama pelajar di ketua oleh pengetua ASIS, Encik Baharudin bin Borhan berarak sambil berselawat sekeliling sekolah ASIS.


Guru, staf dan pelajar ASIS berkumpul dihadapan surau
Berbagai gaya dan ragam
PU Razi memberi ceramahnya
Sungguh bersemangat pelajar-pelajar kita
Encik Baharudin mengetuai perarakan
Pelajar kusyuk mendengar ceramah PU Razi

Perarakan kemudian masuk ke dalam dewan untuk mendengar ceramah Maulidur Rasul yang telah disampaikan oleh Pencetus Ummah Razi (Pencetus Ummah adalah program ala-ala Imam Muda yang di anjurkan oleh ASTRO OASIS).

Setelah ceramah berakhir, tibalah masanya untuk penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan perarakan Maulidur Rasul 2014. Pemenang bagi tahun 2014 ialah rumah Temenggong. Hadiah telah disampaikan oleh Tuan Pengetua, Encik Baharudin bin Borhan. Tahniah rumah Temenggong! Kepada semua yang terlibat diharapkan program ini dapat mendekatkan diri kita dengan Allah serta mencintai rasulNya. Aminn...

Thursday, 1 August 2013

Tamatnya Ihya Ramadhan ASIS 2013 "Ya Hanana Ramadhan"

Alhamdulillah wa syukur lillah...
2 Ogos 2013 bersamaan 24 Ramadhan 1434 Hijrah merupakan hari yang bersejarah bagi semua warga ASIS iaitu Majlis Penutupan Ihya Ramadhan. Sepanjang program berbagai aktiviti kerohanian dan pertandingan telah diadakan. Program-program ini diyakini dapat mengeratkan hubungan 'silaturahim' antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru serta hubungan warga ASIS dengan Maha Pencipta, Allah S.W.T.

Dari segi aspek kerohanian Majlis Ihya Ramadhan yang bermula dari 12 Julai 2013 ini di isi dengan majlis tadarus Al-Quran untuk pelajar tingkatan 4 dan 5. Kemuncak aktiviti tersebut ialah program khatam al-Quran yang diadakan semalam (1 Ogos 2013). Setiap pelajar juga tidak ketinggalan menunaikan Solat Sunat Terawih berjemaah di surau. Semua warga ASIS juga telah menghadiri ceramah khas 'Ihya Ramadhan' oleh Ustaz Zulkifli bin Ahmad daripada JPWP.

Pertandingan-pertandingan antara rumah turut diadakan seperti hafazan, tilawah, sajak, mereka cipta kad hari raya, mereka masjid, pertandingan video dan sebagainya. Pelajar telah berjaya menunjukan komitmen dan hasil usaha yang tinggi.
Majlis penutupan hari ini telah dirasmikan oleh Pengetua ASIS sendiri iaitu Encik Baharudin Borhan. Hadiah-hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Penolong kanan Akedemik, Encik Razmi bin Razak. Sejurus selepas majlis penutupan, telah diadakan juga Majlis Salam Jama'ie antara guru, staff dan pelajar.

Akhir kata di harapkan agar program ini memberi manfaat kepada semua warga ASIS dan semoga kita dpat bertemu lagi bulan Ramadhan yang mulia pada tahun hadapan. Admin mengambil kesempatan mewakili sahabat panitia Pendidikan Islam ASIS mengucapkan "Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir batin buat semua Warga ASIS. Wassallam...

                                                                                                                                     -Admin-







Sunday, 21 July 2013

Organisasi Panitia Pendidikan Islam ASIS 2013


Ketua Panitia: En Mohd Yusri bin Yunos

Setiausaha: Pn. Badariah bt Abdul Rahman

Ahli: En Azri bin Abdullah

       En Mohd Khiruddin b Awang

       En Kamarulshahrizat bin Muhamad Razali

       En Mohd Kaziman Ab. Wahab


                                                                                                                         -Admin-

Muqadimah...

Assalammualaikum w.r.b...

Alhamdulillah dengan kelapangan yang Allah berikan kepada saya maka akhirnya siaplah satu blog untuk panitia P.Islam Sekolah Menengah Sains Alam Shah..Insyaallah, segala program yang akan dibuat oleh panitia ini akan dimuat turunkan didalam blog ini untuk semua warga ASIS..

Insyaallah juga..sega bahan-bahan Pendidikan Islam yang terkini atau penting akan diletakan disini untuk makluman pelajar ASIS...

Diharapkan ianya dapat memberi manfaat kepada semua...

Terima kasih..                                

                                                                                                                       Admin..