Pada hari rabu bersamaan 5 Februari 2014, Sekolah Menengah Sains Alam Shah telah menerima ahli keluarga baharu iaitu pelajar-pelajar tingkatan 4. Pendaftaran pelajar-pelajar ini telah diuruskan oleh guru-guru ASIS dibantu oleh pelajar tingkatan 5. Pendaftaran bermula seawal pukul 8.30. Kelihatan wajah-wajah gembira pelajar-pelajar tingkatan 4 bersama ahli keluarga mereka. Bagi pihak panitia Pendidikan Islam ASIS ingin mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar tingkatan 4..Semoga kehadiran kalian ke sini dapat meningkatkan kecemerlangan masing-masing serta mangharumkan nama sekolah ASIS...
 |
| Pelajar tingkatan 5 yang bertugas menjaga kaunter pendaftaran |
 |
| Salah seorang bapa pelajar mendaftarkan anak mereka di bahagian penempatan asrama |
 |
| Ibu bapa dan pelajar mula berkumpul di dewan selepas pendaftarn untuk mendengar taklimat pengetua dan PK HEM |