Thursday, 1 August 2013

Tamatnya Ihya Ramadhan ASIS 2013 "Ya Hanana Ramadhan"

Alhamdulillah wa syukur lillah...
2 Ogos 2013 bersamaan 24 Ramadhan 1434 Hijrah merupakan hari yang bersejarah bagi semua warga ASIS iaitu Majlis Penutupan Ihya Ramadhan. Sepanjang program berbagai aktiviti kerohanian dan pertandingan telah diadakan. Program-program ini diyakini dapat mengeratkan hubungan 'silaturahim' antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru serta hubungan warga ASIS dengan Maha Pencipta, Allah S.W.T.

Dari segi aspek kerohanian Majlis Ihya Ramadhan yang bermula dari 12 Julai 2013 ini di isi dengan majlis tadarus Al-Quran untuk pelajar tingkatan 4 dan 5. Kemuncak aktiviti tersebut ialah program khatam al-Quran yang diadakan semalam (1 Ogos 2013). Setiap pelajar juga tidak ketinggalan menunaikan Solat Sunat Terawih berjemaah di surau. Semua warga ASIS juga telah menghadiri ceramah khas 'Ihya Ramadhan' oleh Ustaz Zulkifli bin Ahmad daripada JPWP.

Pertandingan-pertandingan antara rumah turut diadakan seperti hafazan, tilawah, sajak, mereka cipta kad hari raya, mereka masjid, pertandingan video dan sebagainya. Pelajar telah berjaya menunjukan komitmen dan hasil usaha yang tinggi.
Majlis penutupan hari ini telah dirasmikan oleh Pengetua ASIS sendiri iaitu Encik Baharudin Borhan. Hadiah-hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Penolong kanan Akedemik, Encik Razmi bin Razak. Sejurus selepas majlis penutupan, telah diadakan juga Majlis Salam Jama'ie antara guru, staff dan pelajar.

Akhir kata di harapkan agar program ini memberi manfaat kepada semua warga ASIS dan semoga kita dpat bertemu lagi bulan Ramadhan yang mulia pada tahun hadapan. Admin mengambil kesempatan mewakili sahabat panitia Pendidikan Islam ASIS mengucapkan "Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir batin buat semua Warga ASIS. Wassallam...

                                                                                                                                     -Admin-